Malaysia Di Tempat ke-7 Dunia Tweet Terbanyak Pasal K-Pop

Berjumlahkan 7.8 bilion Tweets secara global pada tahun 2021, #KpopTwitter sekali lagi memecahkan rekod tahun 2020 yang berjumlah 6.7 billion Tweets.

malaysia di tempat ke-7 dunia tweet terbanyak pasal k-pop

Perbualan di tandapagar #KpopTwitter semakin rancak dan meluas pada tahun 2021 dengan peningkatan bilangan Tweet secara global sebanyak 16%.

 

Tahun 2021 merupakan tahun yang mengagumkan terutama sekali terhadap artis-artis muda seperti ENHYPEN (@ENHYPEN), Stray Kids (@Stray_Kids), aespa (@aespa_official), dan ITZY (@ITZYofficial) yang telah menjalinkan hubungan bersama peminat-peminat mereka di Twitter.

 

Analisis di Twitter mendapati 20 negara dengan Tweet terbanyak tentang K-pop, 20 negara dengan peminat K-pop terbanyak, artis K-pop paling popular dan juga artis baru paling popular. Untuk itu, Malaysia berada di tempat ketujuh antara 20 negara yang paling banyak Tweet berkaitan K-Pop pada tahun 2021.

malaysia di tempat ke-7 dunia tweet terbanyak pasal k-pop

BTS (@BTS_twt) telah menjadi artis K-pop yang sering dibualkan di Twitter, tambah lagi BTS ARMY di Malaysia yang dilihat turut menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat banjir pada Disember 2021 lalu.

malaysia di tempat ke-7 dunia tweet terbanyak pasal k-pop

Di kalangan audiens dari seluruh dunia, Indonesia menjadi negara yang paling banyak Tweet berkaitan K-pop dua tahun berturut-turut. Negara lain seperti Filipina, Korea, Thailand, Amerika Syarikat, Mexico, Brazil, India dan Jepun berjaya ke tangga 10 teratas.

malaysia di tempat ke-7 dunia tweet terbanyak pasal k-pop

Walaupun senarai negara dengan bilangan peminat terbanyak (dianalisis oleh jumlah unique authors) kelihatan serupa dengan senarai Tweet terbanyak, mendapati Indonesia di tempat pertama dan diekori dengan negara lain seperti Jepun dan Filipina, negara seperti Peru, Colombia, Singapore dan Ecuador turut tersenarai dalam 20 teratas tahun ini.

 

Berikut pula top 20 tweet paling banyak mengenai artis K-pop secara global dan top 10 di Malaysia:

 

Apa yang akan datang di 2022?

Dengan banyak lagi idola yang akan datang berhubung dengan peminat mereka di Twitter, #KpopTwitter dijangka akan terus memecahkan rekod baharu setiap tahun. Selain K-pop, perbincangan berkaitan hiburan Korea terus berkembang. Hal ini kerana peminat K-pop bukan sahaja berbual tentang lagu kegemaran, persembahan, mahupun konsert kesukaan mereka, malah, mereka turut menunjukkan minat terhadap drama Korea, dan webtoon yang disertakan soundtrack atau dibintangi idola K-pop kegemaran mereka.

 

Sumber: Data internal Twitter, Tweet Global, 1 Jan - 31 Dis, 2021.