Malaysia Negara Paling Gembira Banding Filipina, Indonesia

Malaysia menjadi negara paling gembira jika dibandingkan dengan Thailand, Filipina dan Indonesia.

malaysia negara paling gembira banding filipina, indonesia

Demikian menurut Laporan Kegembiraan Global 2023 yang dikeluarkan oleh Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), meletakkan Malaysia sebagai negara ke-55 paling gembira di dunia.

 

Ia menyaksikan Malaysia meningkat 15 anak tangga selepas menduduki tempat ke-70 pada tahun lalu.

 

Negara jiran, Singapura berada jauh dihadapan Malaysia iaitu di tempat ke-25 di dunia, diikuti Thailand, Filipina, Indonesia dan Laos yang masing-masing berada di tangga ke-60, 76, 83 dan 89.

 

Negara paling bahagia di dunia iaitu Finland terus kekal berada di tempat pertama negara paling bahagia di dunia, diikuti Denmark ditempat ke dua dan Iceland tempat ke tiga.

malaysia negara paling gembira banding filipina, indonesia

Menurut CNN, indeks itu adalah berdasarkan tinjauan di lebih 150 negara. Ia dinilai berdasarkan skor purata kehidupan mereka sepanjang tiga tahun dan dalam kes ini antara 2020 hingga 2022.

 

Sumber: Kosmo!