Malaysia Ketiga Dunia Paling Tinggi Ketagihan Telefon Pintar

Satu kajian yang dibuat penyelidik di Universiti McGill, Kanada telah mendedahkan negara-negara yang mempunyai kadar ketagihan telefon pintar tertinggi di dunia.

malaysia ketiga dunia paling tinggi ketagihan telefon pintar

Menggunakan data telefon pintar antara 2014 dan 2020 daripada hampir 34,000 peserta seluruh dunia mendapati Malaysia berada di tempat ketiga paling tinggi kadar ketagihan telefon pintar dunia, di belakang China dan Arab Saudi.

 

"Kami menjalankan meta-analisis penggunaan telefon pintar yang bermasalah, memberi tumpuan kepada golongan belia.

"Penggunaan telefon pintar bermasalah meningkat di seluruh dunia antara 2014 dan 2020, dan kami menjangkakan trend ini akan berterusan," tulis pasukan itu dalam kertas laporan kajian mereka.

 

Peserta kajian adalah mereka yang berumur 15 hingga 35 tahun dan kebanyakan peserta adalah wanita (60 peratus).

malaysia ketiga dunia paling tinggi ketagihan telefon pintar

Tambah penyelidik lagi, ketagihan dalam penggunaan telefon pintar yang semakin tinggi boleh membawa kepada kesan psikologi individu.

 

Kajian tersebut telah diterbitkan dalam jurnal Computers in Human Behavior.

 

Sumber: [1]