Malaysia Negara Ketiga Di Asia Tenggara Paling Ramai Orang Single?

Menurut laporan terkini SeaAsia Stats, Malaysia merupakan negara ketiga di Asia Tenggara yang mempunyai bilangan individu single paling ramai, iaitu sebanyak 44.68%.

malaysia negara ketiga di asia tenggara paling ramai orang single?

Status single yang dimaksudkan adalah individu yang belum berkahwin, sudah berkahwin namun diceraikan, berpisah atau janda/duda.

 

Sementara itu, Filipina dan Brunei masing-masing berada ditempat pertama dan kedua untuk bilangan manusia bujang di rantau ini.

malaysia negara ketiga di asia tenggara paling ramai orang single?

Data tersebut, berdasarkan data Bahagian Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk tahun 2021, menunjukkan pembahagian yang menarik dalam populasi bujang Asia Tenggara, dengan Vietnam dan Timor Leste berada ditempat paling bawah bagi golongan ini.

 

Dari tahun 1970 hingga 2021, PBB mengumpulkan data perkahwinan lebih dari 1.6 bilion individu bujang di seluruh dunia.

 

Sementara itu, ramai individu bujang tampil memberikan komen pada hantaran berkenaan, selain ada yang ‘berbangga’ kerana menyumbang dalam statistik tersebut.

Salah satu komen bagaimanapun mempersoalkan kebolehpercayaan statistik tersebut, dengan seorang netizen mengkritik penyertaan individu yang bercerai, berpisah, dan menjadi janda dalam data statistik single ini, mendakwa ia tidak memberi gambaran sebenar kehidupan bujang, terutamanya di negara seperti Malaysia yang mana perhubungan itu adalah satu perkara yang biasa.

 

Sumber: The Sun