Saingan kumpulan B Piala AFF dah pun berakhir malam tadi.
Malaysia muncul naib juara kumpulan sekaligus mara ke peringkat separuh akhir!
Aksi terakhir kumpulan malam tadi menyaksikan Harimau Malaya menang bergaya 4-1 ke atas Singapura.
Memang syok betul la tengok game malam tadi.
Pada minit ke 35, Darren Lok meledak gol pertama untuk Malaysia.
Masuk babak kedua perlawanan, Stuart Wilkin jaringkan gol kedua!
Tak sampai 5 minit lepas gol kedua, Stuart jaringkan gol ketiga!
Gol keempat Harimau Malaya pula hadir daripada Sergio Aguero pada minit-minit akhir perlawanan.
Ini kali kedua Malaysia catat kemenangan besar dalam saingan peringkat kumpulan.
Pada aksi kedua bulan lepas, anak buah Kim Pan Gon belasah Laos 5-0.
Sebelum tu, mereka menang tipis 1-0 ke atas Myanmar.
Tapi masuk perlawanan ketiga, rezeki tak menyebelahi Malaysia apabila tewas 0-3 kepada Vietnam.
Game ketiga ni kontroversi sikit sebab ada isu dengan pengadil dari Jepun, Ryuji Sato.
Teruk jugak pengadil tu kena sekolah dengan netizen Malaysia.
Ternyata kekalahan tu tak beri kesan kepada skuad Harimau Malaya.
Sebaliknya,ia seolah-olah membakar lagi semangat mereka untuk beraksi dengan lebih baik dan hasilnya, anak buah Pan Gon menang besar 4-1 ke atas Singapura.
Tak sabar nak tunggu game separuh akhir Sabtu ni.
Malaysia lawan pasukan yang bukan kaleng-kaleng tau, iaitu juara kumpulan A, Thailand.
Walaupun sebelum ni macam-macam kekangan yang dihadapi Pan Gon untuk membentuk pasukan ke Piala AFF, tapi sekarang ni terbukti mereka mampu melakukan yang terbaik.
Skuad Harimau Malaya harungi saingan Piala AFF kali ini tanpa beberapa pemain utama kerana tidak dilepaskan pasukan masing-masing.
Kalau tengok sisi positifnya, bagus jugak sebab sekurang-kurangnya pemain lain dapat menyerlah dan tunjukkan kelebihan masing-masing.
Tak lah bergantung harap dekat pemain yang sama je kan?
Apa-apa pun, All The Best Harimau Malaya untuk aksi separuh akhir nanti!
Kami sentiasa menyokong anda!
Oleh Izzati Amir