Malaysia Cipta Sejarah, Julang Trofi Piala Sultan Azlan Shah!

Penantian selama 39 tahun Malaysia untuk muncul juara Piala Sultan Azlan Shah berakhir! 

Skuad hoki lelaki negara berjaya menjulang trofi kejohanan berprestij itu selepas kalahkan Korea Selatan 3-2 pada aksi final malam tadi. 

malaysia cipta sejarah, julang trofi piala sultan azlan shah!

Pada perlawanan malam tadi juga menyaksikan Razie Abdul Rahim dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 6 gol. 

Manakala gelaran penjaga gol terbaik jadi milik Hafizuddin Othman. 

Shello Silverius yang menyumbangkan gol pertama buat skuad negara pula dinobatkan sebagai pemain terbaik. 

Skuad kendalian Arul Selvaraj mulakan kempen Piala Sultan Azlan Shah pada 1 November lalu dengan kekalahan apabila tewas 0-3 kepada Korea Selatan. 

Ketika itu, selaku pasukan yang berada di ranking ke-10 iaitu paling tinggi berbanding negara lain yang bertanding, sudah pasti kritikan bertalu-talu terpaksa diterima oleh anak buah Arul. 

Malah kredibiliti Arul selaku jurulatih juga dipertikai. 

malaysia cipta sejarah, julang trofi piala sultan azlan shah!

Tapi, dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua pemain, Malaysia berjaya bangkit untuk mara ke final dan semalam, trofi Piala Sulatan Azlan Shah berjaya dijulang! 

Kata Arul, kejayaan itu merupakan hasil kerja keras seluruh pasukan termasuk staf sokongan dan pegawai yang terlibat. 

Setakat 7 November, Malaysia berada di ranking ke-10 dunia, Korea Selatan ke-12, Afrika Selatan ke-16, Pakistan di tangga ke-17, diikuti Jepun ke-18 dan Mesir kekal di kedudukan ke-20. 

Namun, dengan kejayaan terbaru ini, Malaysia pastinya akan melonjak ke ranking yang lebih baik. 

Fokus Arul untuk skuad hoki negara selepas ini ialah Piala Negara-Negara yang akan bermula 28 November ini hingga 4 Disember di Afrika Selatan. 

malaysia cipta sejarah, julang trofi piala sultan azlan shah!

Selepas itu, skuad negara akan ke Piala Dunia di India pada Januari depan, diikuti Piala Asia di Hangzhou, China pada September dengan membawa misi untuk layak ke Olimpik Paris 2024. 

Tahniah sekali lagi buat skuad hoki lelaki negara! 

Selamat maju jaya untuk perlawanan yang akan datang. 

Malaysia boleh! 

 

Oleh: Izzati Amir