Selepas Sekian Lama, Malaysia Catat Sifar Kematian Akibat COVID-19

Malaysia, buat pertama kalinya  sejak 18 Disember 2020, melaporkan sifar kematian akibat COVID-19 semalam.

selepas sekian lama, malaysia catat sifar kematian akibat covid-19

Perkara tersebut dikongsikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi catatannya di Twitter yang berbunyi, “Hari ini (19 Jun), buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, Malaysia telah melaporkan 0 kematian akibat COVID-19.

“Peralihan berterusan kita kepada endemik telah ditentu ukur dan dipacu data. Sama-samalah kita berdoa agar ia terus membuahkan hasil,” tulis Khairy.

Sementara itu, sebanyak 1,294,225 atau 36.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara itu telah menamatkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids) setakat 19 Jun.


Sumber: [1] [2]