Jika anda sering menggunakan jalan raya, pasti anda perasan akan tiang atau batu ditepi jalan seperti ini:
Tahukah anda tiang ini sebenarnya dapat membantu anda untuk menentukan jarak sesuatu destinasi yang dituju melalui jalan yang anda sedang gunakan itu?
.
Dikenali sebagai tiang kilometer, ia lazimnya dipasang sepanjang Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri untuk tujuan penyenggaraan dan rujukan.
Terdapat dua jenis Tiang Kilometer iaitu Jenis A dan Jenis B. Perbezaannya adalah Jenis A dipasang setiap 5 kilometer manakala Jenis B dipasang setiap 1 kilometer.
,
Destinasi yang ditulis pada tiang kilometer ini pula menunjukkan bandar utama di akhir atau paling hampir dengan lokasi tiang dipasang. Nombor dibawahnya pula menunjukkan jarak dalam km menuju ke lokasi tersebut.
Jadi dah tahu info ini mudahlah kita tahu jarak destinasi yang ingin dituju, kan?
Sumber: [1]