Tular Video Rakaman Makcik Bertekak Mahu Tapau Lauk Kenduri

Satu rakaman video yang kini sedang tular menunjukkan seorang tetamu bertekak dengan pekerja katering kerana enggan membenarkannya membungkus dan membawa pulang lauk yang disediakan.

tular video rakaman makcik bertekak mahu tapau lauk kenduri

Video berdurasi 44 saat itu jelas menunjukkan wanita berkenaan membawa bekas makanan sendiri sebelum memberikannya kepada pekerja katering untuk diisi lauk kenduri.

 

Permintaan wanita itu yang dibuat kira-kira jam 10.30 pagi bagaimanapun ditolak pekerja katering dengan baik atas alasan majlis baru bermula.

 

“Dia orang kan (penganjur kenduri) dah bayar. Makcik nak dua, tiga jenis lauk saja,” kata wanita tersebut.

tular video rakaman makcik bertekak mahu tapau lauk kenduri

Pekerja katering itu menolak permintaan wanita tersebut kerana mereka tidak dimaklumkan oleh tuan rumah supaya membungkus makanan untuk mana-mana tetamu.

 

“Kami tidak boleh buat sesuka hati. Nanti kita orang yang kena. Kami boleh saja ‘tapaukan’, tapi sekarang baru nak mula,” kata pekerja tersebut.

 

@wan_takaful Time tengah record video lauk pengantin, tibe2 dengar kecoh2 pasal ni ❗️ #fypシ #tapau #bungkus #kenduri #makcikbawang ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) - SoLaTiDo

 

Video berkenaan menjadi tular di media sosial Tiktok dengan pelbagai komen serta pendapat daripada netizen.

tular video rakaman makcik bertekak mahu tapau lauk kenduri

Sumber: Tiktok