Coklat Antara Makanan Perlu Elak Bagi Penghidap Ekzema!

Ekzema atau dermatitis atopik merupakan sejenis keadaan kulit yang meradang dan membawa kepada tompokan kulit kering, kasar dan seakan bersisik. Ia biasa berlaku kepada bayi dan budak berusia bawah 2 tahun, namun masih boleh terjadi kepada individu lebih tua akibat beberapa faktor risiko.

coklat antara makanan perlu elak bagi penghidap ekzema!

Meskipun punca utama ekzema masih belum diketahui, mereka yang menghidap ekzema boleh menjadi lebih teruk sama ada melalui sentuhan atau makanan.

 

Terdapat beberapa jenis makanan atau minuman yang boleh jadi punca perembesan sel T serta immunoglobulin-E dan akan menyebabkan kondisi ekzema lebih teruk. Apabila kedua-dua ini dirembes, ia menjadi sebab kulit menjadi keradangan dan gatal.

coklat antara makanan perlu elak bagi penghidap ekzema!

Menurut laman Hello Doktor, berikut adalah antara makanan dan minuman yang perlu dielakkan bagi memastikan ekzema tidak menjadi lebih teruk:

Tenusu

Kekacang

Telur

Gluten

Makanan laut

Gula-gula

Kek

Biskut

Soda

Jus

Coklat

Kerangan

Kekacang

Teh hitam

Makanan dalam tin

Minuman dalam tin

Kekacang

Sayur lobak

Daun saderi

Buah pir

coklat antara makanan perlu elak bagi penghidap ekzema!

Terdapat beberapa jenis makanan atau minuman yang mampu bertindak sebagai diet antiradang bagi merawat ekzema. Antaranya adalah ikan, tempe, tapai, kimchi, susu yogurt, sup miso, sayur-sayuran serta buah-buahan yang berwarna-warni seperti epal, ceri, brokoli, bayam dan kailan.

 

Walaubagaimana pun anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor terlebih dahulu mengenai keadaan ekzema anda sebelum mengambil sebarang makanan atau minuman yang dicadangkan diatas.

 

Sumber: Hello Doktor