Lebih 11,000 Pelajar Hadir Konvo Di Wuhan Tatkala Negara Lain Masih Melawan COVID-19

Wuhan, China merupakan tempat pertama yang dikesan menjadi penularan wabak COVID-19, sehingga ia menjadi pandemik diseluruh dunia.

 

Kini selepas hampir dua tahun sejak kes pertama dilaporkan, bandar Wuhan kembali seperti biasa malah telah menganjurkan majlis konvoksyen yang dihadiri lebih 11,000 pelajar.

lebih 11,000 pelajar hadir konvo di wuhan tatkala negara lain masih melawan covid-19

Menerusi foto yang tular dapat dilihat pelajar di Wuhan berkumpul tanpa penjarakan fizikal dan juga tanpa pelitup separuh muka seperti yang sedang dilakukan oleh negara-negara lain seluruh dunia.

lebih 11,000 pelajar hadir konvo di wuhan tatkala negara lain masih melawan covid-19

Majlis graduasi itu dianjurkan oleh Central China Normal University baru-baru ini.

lebih 11,000 pelajar hadir konvo di wuhan tatkala negara lain masih melawan covid-19

Wuhan juga telah mengadakan konsert besar-besaran, termasuklah sambutan tahun baru, acara sukan dan pelbagai lagi aktiviti yang mengumpulkan orang ramai, sama seperti yang kita rasai sebelum pandemik COVID-19.

 

Sumber: The Sun