Luna Maya Suka Pada Lelaki Yang Boleh Ikut Kemahuannya

Selebriti popular dari Indonesia, Luna Maya, 38, mempunyai jutaan peminat baik dari negaranya sendiri dan juga beberapa negara lain.

 

Menerusi satu temubual di Youtube, aktres jelita itu mengakui masih belum mempunyai teman lelaki kerana belum bertemu calon yang sesuai.

luna maya suka pada lelaki yang boleh ikut kemahuannya

Menurut beliau, terdapat beberapa kriteria yang ditetapkan sebelum melangkah kepada fasa seterusnya. Antaranya adalah beliau mahukan lelaki yang lebih keras usahanya berbanding dirinya sendiri.

 

Tambah lagi, Luna Maya turut tertarik kepada lelaki yang ada matlamat dan impian yang lebih besar dalam hidupnya.

luna maya suka pada lelaki yang boleh ikut kemahuannya

Pelakon yang membintangi filem 30 Hari Mencari Cinta itu turut mengakui dirinya seorang yang suka mengawal keadaan dan disebabkan itu dia mahukan seorang lelaki yang boleh mengikuti kemahuannya.

 

Temubual itu dibuat bersama pengacara Adiezty Fersa dan dimuatnaik di Youtube baru-baru ini.


Sumber: Youtube