Luna Maya Dedah Ariel Noah Kini Sudah Ada Kekasih Baru

Pelakon jelita dari Indonesia, Luna Maya mendedahkan bekas kekasihnya, Ariel Noah kini sudah mempunyai kekasih baharu.

luna maya dedah ariel noah kini sudah ada kekasih baru

Menerusi temubual di Youtube, Luna berkata Ariel kini sedang hangat bercinta dengan kekasih baharunya dan tidak lagi berkongsi cerita dengannya seperti sebelum ini.

 

“Ariel sudah ada kekasih. Dia sudah tidak ada curhat (curahan hati) dengan saya. Banyak bercakap dengan kekasihnya,” ujar Luna.

luna maya dedah ariel noah kini sudah ada kekasih baru

Luna bagaimanapun tidak menceritakan secara terperinci mengenai wanita di hati Ariel itu kepada umum.

 

Tambah Luna, beliau tumpang berasa gembira dengan perkara tersebut dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat bekas kekasihnya itu.

 

“Tidak apa-apa, kami kawan baik. Kita gembira sahaja,” ujarnya.

 

Luna Maya sebelum ini pernah berkata beliau tidak menolak jika terbit semula rasa cinta atau jodoh bersama Ariel, namun kini Ariel sudah punya teman istimewa dalam hatinya.

 

Sumber: Kosmo!, mstar