Ini Logo Rasmi Filem Keluang Man! Zon Wall Climbing Juga Diperkenalkan di KidZania

Astro Shaw baru-baru ini telah mendedahkan logo rasmi filem Keluang Man serta mengumumkan kolaborasi strategik bersama Wonda Coffee dan ‘wall climbing’ Keluang Man di KidZania Kuala Lumpur.

ini logo rasmi filem keluang man! zon wall climbing juga diperkenalkan di kidzania

Usaha ini adalah bagi mendekatkan superhero ikonik Malaysia ini kepada golongan generasi baru, selain turut mempromosikan filem terbitan Astro Shaw yang akan ditayangkan tidak lama lagi ini.

 

Menerusi kerjasama terkini bersama Astro Shaw, Wonda Coffee membawakan rakyat Malaysia pengalaman eksklusif hanya di KidZania Kuala Lumpur.

ini logo rasmi filem keluang man! zon wall climbing juga diperkenalkan di kidzania

Semasa pelancaran istimewa di KidZania Kuala Lumpur, Wonda, dan Astro Shaw menghubungkan pengunjung dan media untuk mengambil bahagian dalam aktiviti wall climbing bersama pelakon utama Keluang Man, Nas Muammar Zar.

ini logo rasmi filem keluang man! zon wall climbing juga diperkenalkan di kidzania

Zon wall climbing, sebahagian daripada pengembaraan yang ditampilkan di KidZania Kuala Lumpur, mula diperkenalkan sebagai salah satu tarikan utama, membolehkan pengunjung beraksi bagaikan Keluang Man sebenar!

 

Diperkenalkan secara ekslusif buat pengunjung 8 hingga 17 tahun, KidZania meramalkan lebih 400,000 pengunjung bakal hadir pada tahun 2024 ini.

 

Jom beraksi bagaikan Keluang Man di KidZania Kuala Lumpur!

ini logo rasmi filem keluang man! zon wall climbing juga diperkenalkan di kidzania