Nama Lisa BLACKPINK Kini Diumum Jadi Pelakon Filem Hollywood

Salah seorang anggota kumpulan Kpop popular BLACKPINK iaitu Lisa kini memulakan langkah dalam bidang lakonan di Hollywood, selepas namanya diumumkan membintangi siri The White Lotus musim ke-3.

lisa blackpink kini pelakon filem hollywood

Lisa bakal menyertai barisan pelakon popular lain seperti Leslie Bibb, Carrie Coon, Francesca Corney dan Nicholas Duvernay, yang mana penggambarannya akan dimulakan bulan ini.

 

Siri The White Lotus diterbit dan diarahkan Mike White, mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan Thailand, bertempat di Koh Samui, Phuket dan Bangkok di Thailand.

 

Lisa merupakan anggota BLACKPINK kedua yang menceburi bidang lakonan selepas Jennie membintangi siri The Idol, yang ditayangkan pada Jun lalu.

 

Sumber: Variety