Sasaran Liputan 5G di Malaysia Kini Berbaki Kurang 4 Peratus

Rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di Malaysia kini telah mencapai 76.1 peratus setakat 30 Nov lalu.

sasaran liputan 5g di malaysia kini berbaki kurang 4 peratus

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil, ia bermakna hanya berbaki kurang 4 peratus untuk negara mencapai sasaran 80 peratus kawasan berpenduduk yang mendapat liputan 5G menjelang akhir tahun ini.

 

Kata beliau, selepas Malaysia mencapai sasaran 80 peratus, kerajaan akan memutuskan untuk mewujudkan rangkaian 5G yang kedua pada masa akan datang.

 

"Pada 1 Dis yang lepas, kita telah tanda tangan Perjanjian Langganan Saham (SSA), maka kelima-lima syarikat telekomunikasi akan menyuntik RM233 juta ke dalam Digital Nasional Bhd (DNB) setiap satu.

"Bererti jumlah itu nanti akan membantu dari segi operasi DNB serta pelaksanaan rangkaian 5G," katanya.

 

Dalam perkembangan lain, Pakej 5G Rahmah juga telah dilanjutkan sehingga Mac 2024, dengan baki kira-kira 50 peratus peranti masih belum dibeli daripada hampir 100,000 peranti yang disediakan kepada golongan B40 negara ini.

 

Sumber: Astro AWANI