Kurang 24 Jam, Lionel Messi Berjaya Tewaskan Telur Ayam

Bintang Argentina, Lionel Messi bukan sahaja berjaya menjulang trofi Piala Dunia, malah beliau baru-baru ini juga berjaya menewaskan rekod yang dipegang oleh telur ayam.

kurang 24 jam, lionel messi berjaya tewaskan telur ayam

Menerusi hantaran di Instagram, Messi telah memperoleh tanda suka (like) paling banyak sepanjang zaman, menewaskan rekod yang dipegang oleh selama ini oleh sekeping foto telur ayam menerusi akaun @world_record_egg.

kurang 24 jam, lionel messi berjaya tewaskan telur ayam

Dalam hantaran itu, Messi telah memuatnaik 10 gambar di Instagram sebagai tanda meraikan kemenangan menjulang Piala Dunia 2022.

 

Namun kurang 24 jam selepas ia dimuatnaik, hantaran itu berjaya memperoleh lebih 52 juta tanda suka, dan sehingga artikel ini ditulis hantaran itu sudahpun memperoleh lebih 67 juta like!

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Leo Messi (@leomessi)

 

Namun foto telur ayam yang selama ini memegang rekod like paling banyak hanya memperoleh 57 juta like setakat artikel ini ditulis, menjadikan ia hantaran kedua paling banyak like di Instagram setakat ini.

 

 

Namun, adakah rekod yang dipegang Messi ini akan dipintas kembali oleh sebiji telur ayam? Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber: Instagram