Penyanyi dan pelakon popular, Lindsay Lohan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki hasil hubungan dengan suaminya, Bader Shammas.
Lindsay yang berusia 37 tahun, berkahwin pada 2022 dan telah mengumumkan kehamilannya pada Mac lalu.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila Lindsay dikatakan menamakan anak lelakinya itu dengan nama Arab, selain membuatkan seluruh keluarga turut jatuh cinta dengan ahli baharu keluarga mereka itu.
“Lindsay Lohan dan suami, Bader Shammas mengalu-alukan seorang anak lelaki yang cantik dan sihat bernama Luai. Keluarga sedang jatuh cinta,” demikian menurut wakil Lindsay dalam satu kenyataan.
Bayi lelaki itu dilahirkan di Dubai, yang kini menjadi tempat pasangan itu menetap. Luai adalah nama Arab yang membawa maksud ‘perisai atau pelindung’.
Terdahulu pada April 2016, Lohan dilaporkan sedang mempelajari agama Islam dan mempertimbangkan untuk menukar agamanya. Lohan dilihat jua secara terbuka bertudung dan memegang Al-Quran, menyebabkan liputan media mempersoalkan kepercayaannya.
Sumber: MH