Lima Beranak Redah 200km Dari Pahang ke Terengganu Demi ke Tempat Kerja Naik Satu Motor

Baru-baru ini, seorang lelaki meluahkan rasa sayu dan simpati selepas melihat lima beranak berkongsi sebuah motosikal dalam keadaan cuaca panas dan hujan, meredah perjalanan hampir 200 kilometer.

 

Menerusi hantaran di Facebook oleh Syahmi Sarif menerusi kumpulan Kuala Terengganu Residen, kisah itu berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) ketika dia sedang dalam perjalana ke tempat kerjanya dari Ajil ke Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terenganu.

lima beranak di terengganu redah 200km ke tempat kerja naik satu motor

“Selama saya lalu lebuh raya ulang-alik Ajil ke AMBS setiap hari, banyak kali dah tengok motor rosak, kereta rosak.

“Tetapi ini pertama kali saya jumpa orang bawa motor lima beranak dengan bayi lagi. Saya berhenti tanya, dari mana, dia beritahu dari Temerloh, Pahang datang Terengganu sebab nak pergi tempat kerja,” kongsinya.

 

Ujar Syahmi, beliau turut mempelawa pasangan tersebut untuk menumpangkan anak mereka yang dibawa bersama kerana tidak sampai hati melihat keadaan lima beranak itu.

lima beranak di terengganu redah 200km ke tempat kerja naik satu motor

Namun, pasangan itu menolak pelawaannya dan mahu meneruskan perjalanan sendiri.

 

“Saya kejar lepas itu berhenti pula di depan dia. Tanya dia okey tak? Tawar sekali lagi nak tolong bawa anak dia.

“Sekali lagi dia senyum sambil kata ‘tak apa bang’. Kemudian mereka terus berlalu dalam cuaca tengah hujan lagi, dengan lori-lori besar lalu buat saya tak sedap duduk.

“Saya ikut motor mereka dari belakang takut jadi apa-apa. Sambil ikut itu, teringat pula macam mana susah payah mak ayah saya jaga saya dahulu,” kongsinya lagi.

 

Syahmi turut meminta pengikut Facebooknya untuk mendoakan kesejahteraan keluarga terbabit agar dipermudahkan segala urusan mereka.

lima beranak di terengganu redah 200km ke tempat kerja naik satu motor

Sumber: Kosmo! / Kuala Terengganu Residen