Letusan Solar Berpotensi Ganggu Isyarat Radio Bumi Telah Dikesan NASA

Satu letusan solar pada jarak 100 juta kilometer dari Bumi telah dikesan  Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) baru-baru ini.

letusan solar berpotensi ganggu isyarat radio bumi telah dikesan nasa

Letusan yang dirakam oleh Balai Cerap Dinamik Suria (SDO) pada 20 Januari lalu kelihatan seperti kilat terang pada sebelah kanan Matahari.

 

Menurut NASA, letusan itu boleh memberi kesan kepada komunikasi radio, grid elektrik dan isyarat navigasi di Bumi serta boleh membahayakan kapal angkasa dan angkasawan.

 

Letusan itu juga diklasifikasikan sebagai suar kelas M5.5 dengan kekuatan sederhana berdasarkan skala cuaca angkasa oleh Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA).

 

Letusan solar atau suar suria adalah pelepasan elektromagnet secara besar-besaran yang bergerak pada kelajuan cahaya dan boleh mempengaruhi gelombang radio, elektronik dan teknologi di Bumi. Ia juga boleh memadamkan radio berfrekuensi ti ggi selama beberapa puluh minit pada bahagian Bumi yang terdedah kepada cahaya matahari.

letusan solar berpotensi ganggu isyarat radio bumi telah dikesan nasa

Meskipun ia boleh menjejaskan radio berfrekuensi tinggi pada jalur 3 MHz hingga 30 MHz, ia bagaimanapun tidak menjejaskan sistem pengesanan global (GPS) pada telefon pintar atau kebanyakkan teknologi navigasi moden yang lain.

 

Sumber: [1]