Letusan Gunung Berapi Itali Dan Greece Boleh Sebabkan Tsunami Di Malaysia

Sekumpulan pakar dari Universiti Cambridge melahirkan rasa bimbang dengan letupan kecil di gunung berapi Vesuvius dan Santorini yang boleh menyebabkan bencana global termasuklah ancaman tsunami kepada beberapa negara lain.

letusan gunung berapi itali dan greece boleh sebabkan tsunami di malaysia

Ancaman tsunami itu boleh berlaku kepada beberapa negara termasuk Malaysia kesan daripada efek domino di seluruh dunia.

 

Gunung berapi yang kecil dan masih aktif itu mampu melumpuhkan infrastruktur penting diserata dunia, demikian menurut kumpulan pakar berkenaan.

 

Tambah lagi, sebanyak tujuh ‘titik punca’ dikenal pasti di kelompok gunung berapi itu berada serta infrastruktur penting di sekitarnya. Ia merangkumi barat laut Amerika Syarikat, Taiwan, Afrika Utara dan Atlantik Utara.

letusan gunung berapi itali dan greece boleh sebabkan tsunami di malaysia

Selain itu, industri global teknologi boleh terhenti dengan kumpulan gunung berapi dihujung utara Taiwan memandangkan ia adalah kawasan pengeluar cip elektronik terbesar.

 

Kajian malah menunjukkan gelombang raksasa dapat menghancurkan jaringan kabel dalam laut dan menutup laluan Terusan Suez.

 

Gumpalan debu panas dan tanah runtuh juga akan memberi kesan kepada penutupan pasaran kewangan dan kekurangan bekalan makanan utama sekali gus menyebabkan dunia berada dalam kekacauan.

 

Sumber: [1]