Penyanyi kelahiran Australia, Lenka, mengakui amat menyukai Malaysia dan berasa teruja serta seronok setiap kali datang ke negara ini.
Menurut beliau, antara yang digemarinya adalah makanan, cuaca dan masyarakat Malaysia yang peramah dan menerima baik pelancong asing sepertinya.
Beliau yang sebelum ini pernah beberapa kali dan pernah mengadakan persembahan di Malaysia, telah mengadakan konsert solonya malam tadi buat julung kalinya.
"Saya sangat sukakan Malaysia dan ketika datang di sini, saya paling gemar makan laksa dan nasi lemak. Di sini (Malaysia) juga ada pelbagai makanan enak yang selalu dianggap pelancong sebagai 'syurga' makanan.
"Saya sentiasa teruja dan seronok setiap kali datang ke Malaysia kerana selesa dengan cuacanya yang bagus, termasuk sikap penduduknya yang ramah dan mudah mesra," katanya.
Terdahulu, Lenka yang juga komposer dan pelakon, popular dengan lagu seperti What Goes Up, On My Side, Trouble Is A Friend dan The Show.
Sumber: HMetro