Lelaki Tertinggi Dunia Risau Terpijak Lelaki Terpendek Dunia

Lelaki tertinggi di dunia, Sultan Kosen mendedahkan beliau pernah meminta pegawai rekod dunia Guiness untuk menjauhkan dirinya daripada lelaki terpendek di dunia kerana bimbang akan memijaknya.

lelaki tertinggi dunia risau terpijak lelaki terpendek dunia

Kosen memiliki ketinggian 2.51 meter dari Turkiye, pernah bertemu lelaki terpendek di dunia, Chandra Bahadur Dangi yang berasal dari India, di London pada 2014 lalu.

 

“Saya meminta pegawai Guinness supaya menjauhkan Bahadur daripada saya. Saya sangat takut terpijak Bahadur secara tidak sengaja dan mematahkan badannya,” kata Kosen kepada YouTuber Turkiye, Ruhi Cenet.

lelaki tertinggi dunia risau terpijak lelaki terpendek dunia

Dangi yang mempunyai ketinggian 0.53 meter bagaimanapun telah meninggal pada tahun 2015.

 

Selain Dangi, Kosen juga pernah bertemu wanita terpendek di dunia, Jyoti Kisanji Amge yang mempunyai ketinggian 0.6 meter semasa berada di Mesir pada tahun 2018.

 

Menurut Kosen, setiap kali beliau bertemu individu yang lebih kecil dan rendah, beliau sebenarnya tidak mendengar apa yang diperkatakan mereka kerana dia sangat tinggi.

 

Sumber: Kosmo!