Tertekan Terima Layanan Toksik Ditempat Kerja, Lelaki Ini Diminta Rujuk Ke IJN

Rata-rata antara kita yang bekerja akan menghabiskan separuh hari dalam sehari di tempat kerja, sekitar 7 ke 8 jam.

tertekan terima layanan toksik ditempat kerja, lelaki ini diminta rujuk ke ijn

Meskipun berada di tempat kerja kadang-kala memenatkan, ada juga yang terpaksa berhadapan dengan situasi lebih teruk iaitu persekitaran toksik di tempat kerja. Namun demi kelansungan hidup, ia terpaksa dilalui walaupun terpaksa mengorbankan perasaan sendiri.

 

Itu yang terjadi kepada seorang pengguna Tiktok bernama Josh Wang ini.

tertekan terima layanan toksik ditempat kerja, lelaki ini diminta rujuk ke ijn

Menurut Josh, beliau mengimbau semula kenangan pahit bekerja pada usia 46 tahun yang mana ketika itu beliau sudahpun memegang jawatan cukup tinggi dalam syarikat.

 

Kejadian berlaku pada tahun 2019 yang mana beliau berada dibawah kelolaan dua bos tertinggi iaitu ketua jabatan dan juga CEO. Namun, beliau kerap dimarahi dengan sangat teruk dihadapan staf lain tanpa belas kasihan.

 

Tekanan yang dialami semakin memuncak sehingga memaksa Josh berjumpa dengan doktor di klinik panel syarikatnya.

 

@joshawangjirawat 4 tahun selepas saya dibuli (sorang boss andartu) teruk di tempat kerja (Bursa Malaysia) bagaimanakah kesihatan mental saya sekarang? Adakah kesan2 dan trauma masih berlarutan? Saya kongsi dari pengalam peribadi. #trauma #bullyingawareness #bullyvictim😥 #testimony #realstories ♬ original sound - Josh Awang

 

Apa yang mengejutkan, doktor yang merawat Josh menasihatkan agar beliau segera dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN), dan cukup kenal dengan sikap toksik bos yang dimaksudkan itu. Doktor tersebut secara peribadi turut mencadangkan beliau agar meletakkan jawatan demi kesihatannya.

tertekan terima layanan toksik ditempat kerja, lelaki ini diminta rujuk ke ijn

Josh akhirnya meletakkan jawatan di syarikat tersebut dan mempunyai kerjaya lain. Pun begitu, Josh berasa trauma daripada pengalaman di tempat kerja lama, hingga membuatkan beliau berasa panik dan begitu takut untuk melakukan kesilapan.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempunyai pendapat masing-masing mengenai isu tempat kerja toksik ini.

tertekan terima layanan toksik ditempat kerja, lelaki ini diminta rujuk ke ijn

Sumber: Tiktok