Lelaki Terima Jantung Khinzir Telah Meninggal Dunia

Awal Januari lalu, satu pembedahan yang dijalankan di Universiti Perubatan Maryland mengejutkan dunia kerana dilaporkan buat pertama kali berjaya memindahkan jantung khinzir kepada manusia.

pakar bedah as berjaya pindahkan jantung khinzir kepada manusia

Penerima jantung khinzir yang diubahsuai secara genetik, iaitu David Bennet, 57, bagaimanapun hanya mampu hidup untuk beberapa hari sahaja sebelum disahkan meninggal dunia pada Selasa.

 

Menurut pihak hospital, tahap kesihatan David mulai merosot sejak beberapa hari lalu dan tanda-tanda jelas menunjukkan bahawa beliau tidak akan lagi pulih.

lelaki terima jantung khinzir telah meninggal dunia

Beliau juga sempat berhubung dengan keluarganya pada detik-detik akhir sebelum kematiannya.

 

Pembedahan pemindahan organ yang diubahsuai secara genetik itu adalah yang pertama kali seumpamanya di lakukan di dunia. Ia sekaligus merekodkan kejayaan pertama dalam bidang itu yang memungkinkan pembedahan pemindahan organ kaedah baharu di masa akan datang. Pembedahan itu juga telah diluluskan secara kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

 

Sumber: [1]