Gara-Gara Squid Game, Lelaki Ini Terima Lebih 4,000 Panggilan Sehari

Seorang lelaki di Korea Selatan terpaksa menerima lebih 4,000 panggilan sehari selepas nombor telefon yang digunakannya telah digunakan oleh seorang pelakon dalam drama bersiri Squid Game.

gara-gara squid game, lelaki ini terima lebih 4,000 panggilan sehari

Dalam drama tersebut, watak Gong Yoo dalam satu babak jelas menunjukkan nombor telefon pada kad perniagaannya dan ia telah menjadi tular dalam kalangan peminat.

 

Kebiasaannya, nombor yang digunakan drama atau filem adalah palsu, namun kali ini ia sebenarnya adalah talian aktif dan masih digunakan oleh pemilik sebenar di luar drama.

gara-gara squid game, lelaki ini terima lebih 4,000 panggilan sehari

Drama bersiri Netflix yang popular itu telah membuatkan lelaki tersebut menerima lebih 4,000 panggilan dan pesanan ringkas sejak beberapa minggu lepas.

 

“Saya sudah menggunakan nombor ini selama 10 tahun dan ini adalah kali pertama hal seperti ini berlaku.

“Salah seorang pemanggil yang memaklumkan bahawa nombor telefon saya digunakan dalam drama Squid Game,” kata lelaki yang tidak didedahkan identitinya.

 

Perkara itu telah mendapat perhatian pengurusan drama dan menyiasat perkara tersebut serta berjanji akan menghubungi pemilik sebenar nombor telefon berkenaan bagi menyelesaikan masalahnya.

 

Menurut update terbaharu, Netflix dilaporkan sudah menutup nombor telefon yang dipamerkan dalam drama berkenaan untuk mengelakkan masalah ini daripada terus berlaku.

gara-gara squid game, lelaki ini terima lebih 4,000 panggilan sehari

Sumber: [1]