Tunjuk Handal, Pasangan Ini Tak Sengaja Hancurkan Lamborghini Pinjam

Sepasang pengantin baharu terpaksa melalui hari yang mendukakan apabila secara tidak sengaja telah menyebabkan kereta pinjam musnah terbakar.

tunjuk handal, pasangan ini tak sengaja hancurkan lamborghini pinjam

Lebih parah, pasangan itu terpaksa bermalam di hospital kerana kereta pinjam jenis Lamborghini Huracan milik rakannya terlibat dalam satu kemalangan.

 

Pasangan pengantin baharu itu dikatakan memandu supercar tersebut selepas majlis perkahwinan mereka pada Februari 2020 yang lalu.

tunjuk handal, pasangan ini tak sengaja hancurkan lamborghini pinjam

Semasa berada di persimpangan lampu isyarat, mereka terjumpa seorang pemandu lain dan telah berlumba bersamanya. Malangnya, nasib tidak menyebelahi mereka apabila kereta yang dipandu itu berlanggar dengan kenderaan lain.

 

Kemalangan itu menyebabkan kereta jenis Lamborghini Huracan yang berharga lebih RM1.11 juta itu hancur lalu rentung terbakar. Mujur pasangan pengantin itu mengalami kecederaan ringan ekoran daripada kemalangan terbabit.

tunjuk handal, pasangan ini tak sengaja hancurkan lamborghini pinjam

Kes tersebut dibawa ke mahkamah dan hasil pendakwaan mendapati pengantin lelaki mengambil kunci kereta itu dari poket milik rakannya yang diletakkan di luar dewan tanpa pengetahuan rakannya itu.

 

Akibat daripada insiden ini, beliau dijatuhkan hukuman perintah komuniti 18 bulan dengan syarat menyelesaikan 180 jam kerja tanpa gaji dalam komuniti, hilang kelayakan memandu selama setahun serta diarahkan membayar ganti rugi kepada mangsa.

 

Sumber: [1]