Lelaki Ikat dan Heret Anjing Guna Kereta di Port Dickson Kini Ditahan Polis

Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial menunjukkan seekor anjing telah diikat dan diseret menggunakan kereta di Port Dickson, Negeri Sembilan, sehingga menyebabkan anjing itu akhirnya mati.

Ekoran daripada kejadian, polis kemudian telah menahan seorang lelaki warga emas yang disyaki menyebabkan kematian anjing tersebut di Kampung Sri Parit, Lukut.

 

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed yang berkata, polis menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 44 tahun yang melihat seekor anjing telah diperlakukan dengan kejam sehingga cedera dan berdarah.

lelaki ikat dan heret anjing guna kereta di port dickson kini ditahan polis

"Pengadu telah melihat anjing tersebut diikat dan diheret dengan menggunakan kereta. Akibat kejadian itu, anjing tersebut telah mati," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

 

Tangkapan dibuat terhadap pemilik anjing berusia 61 tahun itu kira-kira jam 10.05 malam semalam di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Port Dickson dan suspek direman sehari.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

 

Sumber: Bernama