Lelaki Selubung Selimut Curi di Surau Waktu Subuh Dirakam CCTV

Seorang lelaki warga emas mengalami kerugian selepas kad bank dan wang tunai RM150 miliknya dicuri individu yang berselubung dengan selimut.

lelaki selubung selimut curi di surau dekat negeri sembilan kini diburu polis

Kelibat individu yang mencuri itu dilihat menyelubung dirinya menggunakan selimut di Surau Kampung Indah, Bahau pada kejadian kira-kira 6 pagi, Rabu lalu.

 

Motif lelaki itu menyelubung dirinya adalah bagi mengelakkan identitinya dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

 

Difahamkan, kejadian curi itu adalah kejadian kelima membabitkan jenayah curi serta pecah tabung di surau berkenaan.

lelaki selubung selimut curi di surau dekat negeri sembilan kini diburu polis

Menurut anak mangsa, ketika kejadian itu bapanya sedang menjadi imam dan ada jemaah wanita sedang mengikut solat dibelakang.

 

"Ayah sedar ada seseorang di belakangnya namun beranggapan ia individu lain yang mahu bersolat.

"Selesai solat, ayah menyedari beg silangnya sudah hilang sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pengurusan surau dan membuat laporan polis pada hari yang sama," kata anak mangsa.

 

@utusanonline

Rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan kelibat seorang pencuri menggunakan selimut untuk menyembunyikan identiti dalam kejadian di Surau Kampung Indah, Bahau, Jempol, pagi semalam. Kejadian mengakibatkan seorang warga emas kerugian wang tunai sebanyak RM150 serta kehilangan dokumen penting serta kad ATM selepas beg silangnya dicuri lelaki tersebut ketika solat subuh di surau tersebut.

♬ Horror, suspense, weirdness, ghost, UFO - Zassh

 

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook pula mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

 

Jika disabit kesalahan, hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda boleh dikenakan kepada pesalah.

 

Sumber: Utusan