Akibat Fobia Dengan Jarum, Lelaki Pengsan Lepas Disuntik Vaksin

Seorang lelaki dari Samarinda, Indonesia pengsan selepas disuntik vaksin oleh jururawat yang juga isterinya sendiri, gara-gara fobia dengan jarum.

akibat fobia dengan jarum, lelaki pengsan lepas disuntik vaksin
 
Menurut portal Kompas, insiden itu berlaku pada Isnin lalu apabila datuk bandar bersama kakitangan pejabat hadir bagi menerima suntikan vaksin untuk menjayakan Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan.


Lelaki itu bertugas sebagai pegawai negeri dilaporkan takut dengan jarum hingga menyebabkannya pengsan dan masih tidak sedarkan diri selepas diberikan suntikan vaksin.


Beliau sama seperti penerima vaksin lain, perlu menjalani ujian pemeriksaan kesihatan sebelum mendapatkan suntikan. Sebelum disuntik, lelaki itu masih sedar dan kebetulan ketika itu isterinya sedang bertugas menyuntik vaksin.


Lepas mendapat suntikan, tidak semena-mena, lelaki itu pengsan membuatkan petugas perubatan tiba bagi memberikan bantuan. Lelaki itu sedar beberapa minit kemudian.


Sumber: Kompas