Seorang lelaki dari Filipina maut selepas dipercayai di denda oleh pengawal kampung untuk melakukan squat sebanyak 300 kali.
Squat merupakan satu bentuk senaman dimana seseorang berdiri perlu merendahkan badan kepada posisi seakan-akan mencangkung.
Menurut laporan, lelaki itu dikenakan denda berkenaan selepas didapati melanggar perintah arahan kuarantin COVID-19. Mangsa ditangkap ketika sedang membeli minuman selepas jam 6 petang yang didakwa melanggar perintah berkurung di bandar General Trias, dekat wilayah Cavite, Filipina.
Ketika kejadian, mangsa bersama seorang lelaki lain yang juga dipercayai melanggar peraturan COVID-19, dibawa ke Plaza Malabon sebelum dipaksa melakukan denda.
Denda melibatkan senaman tekan tubi 100 kali dan squat sebanyak 300 kali.
Selepas didenda, mangsa pulang ke rumah dan didapati hampir tidak dapat bergerak kerana terlalu penat. Beliau juga mengalami kesukaran untuk berjalan dan hanya merangkak.
Tidak lama kemudian, mangsa mengalami sawan dan jantungnya terhenti sebelum disahkan meninggal dunia.
Dalam pada itu, Ketua Polis Bandar Marlo Nillo Solero berkata, tidak ada hukuman seperti itu bagi orang yang melanggar peraturan COVID-19, sebaliknya mereka diberikan nasihat.
Kes itu kini sedang disiasat dan tindakan terhadap pegawai polis yang terlibat akan diambil.
Sumber: The Guardian