Lelaki Maut Lepas Gagal Angkat Beban 120kg Jatuh Timpa Leher

Seorang lelaki di China dilaporkan maut selepas gagal mengangkat beban besi seberat 120 kilogram, sebelum ia jatuh menimpa lehernya di sebuah gim.

lelaki maut lepas gagal angkat beban 120kg jatuh timpa leher

Menerusi video yang tular, lelaki itu dikatakan datang seorang diri ke gim berkenaan, sebelum cuba mengangkat beban besi yang berada disitu.

 

Lelaki itu juga dilihat membongkokkan badannya ke atas semasa cuba mengangkat beban besi tersebut.

lelaki maut lepas gagal angkat beban 120kg jatuh timpa leher

Bagaimanapun beliau gagal untuk mengimbangkan diri, menyebabkan beban besi itu jatuh terus pada bahagian lehernya.

 

Beliau yang berada dalam keadaan kesakitan dilihat cuba untuk melepaskan diri, namun dia gagal berbuat demikian sebelum meninggal serta merta di tempat kejadian.

lelaki maut lepas gagal angkat beban 120kg jatuh timpa leher

Video berkenaan menjadi tular menerusi media sosial Weibo dan mendapat liputan meluas media tempatan.

 

Menurut laporan, kejadian berlaku pada 3 Julai lalu disebuah gim dekat daerah Henan, China. Mangsa berusia 27 tahun itu meletakkan kamera untuk merakam dirinya melakukan senaman, yang menjadi rutinnya selama ini.

lelaki maut lepas gagal angkat beban 120kg jatuh timpa leher

Keluarga mangsa yang kesal dengan kemalangan berlaku ini turut menuntut pampasan daripada pihak gim sebanyak 1.2 juta Yuan (kira-kira RM 771,802). Gim tersebut juga akhirnya telah ditutup selepas kemalangan yang berlaku itu menyebabkan kerugian kepada mereka.

 

Sumber: MSNews