Lelaki Maut Disambar Petir Ketika Main Bola Di Padang [Video]

Seorang lelaki maut selepas disambar petir ketika sedang bermain bola sepak di sebuah stadium dekat wilayah Jawa Barat, Indonesia, baru-baru ini.

lelaki maut disambar petir ketika main bola di padang [video]

Menerusi klip video yang tular, ketika kejadian sebilangan lelaki sedang bermain bola sepak di Stadium Siliwangi dalam keadaan cuaca yang agak cerah dan baik.

 

“Tidak hujan, tidak panas. Kita berhenti bermain ketika hujan lebat dan selepas hujan walaupun tiada kilat. Sedangkan ini tidak hujan,” kata lelaki yang merakam video tersebut.

 

Bagaimanapun secara tiba-tiba, seorang pemain yang berasal dari Jawa Tengah telah disambar petir dari arah belakang, menyebabkannya tersungkur di atas padang ketika kejadian.

 

Beberapa rakan yang berada disitu bergegas berlari ke arah mangsa untuk menyelamatkannya dan dibawa ke hospital. Namun, mangsa telah disahkan meninggal dunia.

 

Tonton video dibawah:

 

 

Sumber: Tiktok