Makkah al-Mukarramah adalah kota paling suci bagi seluruh umat Islam di dunia. Ramai yang memasang impian untuk tiba di kota suci ini sekurangnya sekali seumur hidup.
.
Disebabkan itu seorang lelaki dari Wolverhampton, Britain sanggup berjalan kaki selama 11 bulan dari United Kingdom sehingga tiba ke kota suci Mekah.
Perjalanan Adam Muhammad, 52, yang lebih tepat memakan masa 10 bulan 26 hari berjalan kaki dari Wolverhampton, Britain mempunyai jarak lebih 6,900 kilometer. Beliau yang membawa bersama troli, turut berkongsi detik-detik indah misi yang disebut sebagai “Peace Journey” itu menerusi video TikTok.
Menurut Gulf Today, Adam telah merentasi 9 negara iaitu Netherlands, Jerman, Czech Republic, Hungary, Romania, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan sebelum tiba di Makkah untuk mengerjakan haji bagi tahun ini.
Ketibaannya di Makkah juga telah disambut orang ramai yang berkumpul di Masjid e Aisha.
.
Sumber: [1]