Lelaki Jadi Sawan Akibat Cacing Pita Hidup Dalam Otaknya

Seorang lelaki dilaporkan menghidap penyakit sawan akibat cacing pita hidup dalam otaknya selama 20 tahun.

lelaki jadi sawan akibat cacing pita hidup dalam otaknya

Beliau yang kini berusia 38 tahun dilaporkan sihat sebelum ini, telah mengalami sawan lalu terjatuh dari katilnya dan dikejarkan ke Massechusetts General Hospital.

 

Doktor yang merawat lelaki itu melihat beliau mengalami sawan tonik-klonik selama dua minit yang menyebabkannya tidak menyedarkan diri.

 

Hasil pemeriksaan awal mendapati lelaki itu tidak mempunyai sejarah penyakit sawan dan bebas daripada sebarang gangguan kardiovaskular, pernafasan atau neurologi.

 

Doktor kemudian melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) pada bahagian kepala dan mendapati lelaki itu menghidap neurocysticercosis iaitu penyakit neurologi yang terjadi ketika jenis cacing pita parasit tertentu menyerang sistem saraf pusat.

lelaki jadi sawan akibat cacing pita hidup dalam otaknya

Cacing itu bergerak ke pelbagai bahagian otaknya sejak beberapa tahun lalu dan boleh membesar sepanjang dua hingga lapan meter dalam badan manusia.

 

Mujur cacing tersebut telahpun dikeluarkan menerusi satu pembedahan dan lelaki itu kini dalam fasa pemulihan.

 

Cacing pita boleh hidup dalam badan manusia daripada pengambilan makanan mentah yang tidak dimasak atau air minuman yang tercemar. Anda dinasihatkan untuk mengambil makanan atau minuman yang bersih dan terawat bagi mengelakkan penyakit ini daripada berlaku.

 

Sumber: [1]