Akibat perasaan rindu yang terlampau dan tidak dapat menerima hakikat bahawa pasangannya telah tiada lagi di dunia ini, seorang lelaki sanggup menggali semula kubur isterinya.
Kejadian berlaku di Kota Semarang, Jawa Tengah, Indonesia itu menarik perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap lelaki berkenaan.
Menerusi video yang dikongsi oleh Instagram @fakta.indo, lelaki berkenaan dilihat berusaha menggali kubur tersebut menggunakan cangkul tanpa dibantu sesiapa.
Bagaimanapun, lelaki itu dilihat tersungkur di kubur isterinya sebelum kerja menggali itu selesai.
Kelihatan juga lelaki itu dengan wajah sedih, memandang ke arah kubur isterinya kerana tidak dapat melupakan arwah hingga mendorong beliau melakukan sedemikian.
Video berdurasi 15 saat itu mendapat ribuan tontonan dan komen, yang rata-ratanya meluahkan kata-kata simpati.
Sumber: Instagram @fakta.indo