Misteri Kehilangan 4 Hari Terjawab, Lelaki Ditemui Dalam Perut Buaya

Misteri kehilangan seorang pemuda Indonesia, Baharuddin, 29, akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemukan dalam perut buaya akibat dibaham haiwan itu dalam satu insiden malang.

misteri kehilangan 4 hari terjawab, lelaki ditemui dalam perut buaya

Menurut jurucakap pihak berkuasa, Dede Hariana, misi pencarian dimulakan pada Khamis lalu selepas keluarganya membuat laporan mengenai kehilangan mangsa.

“Penduduk setempat percaya mangsa mungkin dibaham buaya dan menerusi umpan yang dipasang, kami berjaya menangkap buaya berkenaan.

“Kami membelah perut haiwan itu dan menemukan mayat Baharuddin. Jenazah lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan,” jelasnya.

Terdahulu, mangsa dipercayai dibaham buaya selepas terjatuh ke dalam sungai ketika meniti jambatan bagi menyeberangi sungai di Nunukan, Kalimantan Utara.

Siasatan awal menemukan kesan jatuh dari jambatan tersebut sekaligus menguatkan lagi telahan penduduk kampung yang mangsa mungkin dibaham mangsa.

 

Sumber: [1]