Seorang lelaki berusia 40-an yang merupakan gelandangan telah ditemui terperangkap dalam longkang dekat Kajang, akhirnya berjaya diselamatkan.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pihaknya ada menerima satu panggilan kecemasan pada jam 8.24 pagi (3 Oktober).
Susulan daripada itu, seramai sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati ada seorang lelaki berusia 40-an berada dalam longkang yang ditutupi jaring besi sedalam 2.4 meter.
“Mangsa tidak mengalami kecederaan dan bomba mengambil masa 20 minit untuk membawanya keluar.
“Mangsa masuk melalui longkang kecil yang bersambung ke longkang besar sebelum terjatuh dan terperangkap,” kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar.
Bagaimanapun keberadaan lelaki itu di dalam longkang berkenaan telah menjadi tanda tanya sebahagian besar warganet.
Sumber: Tiktok