Polis Tahan Lelaki Letak Kamera Tersembunyi Dalam Tandas di Jelutong, Pulau Pinang

Tindakan keji seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes mengintip seorang wanita menggunakan kamera tersembunyi dalam bilik air sebuah inap desa di Jelutong, Pulau Pinang, akhirnya mengundang padah.

polis tahan lelaki letak kamera tersembunyi dalam tandas di jelutong, pulau pinang

Suspek berusia 20-an itu akhirnya ditahan di Kuala Lumpur dan direman selama empat hari bermula semalam (11 Feb).

 

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, dengan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

 

Terdahulu, tular di aplikasi X mengenai dakwaan seorang wanita berusia 24 tahun yang bercuti di negeri terbabit bersama rakannya, mendakwa dirinya menjadi mangsa intipan dengan menggunakan sebuah kamera tersembunyi dalam bilik air inap desa yang diduduki oleh mereka. Mangsa kemudian membuat laporan polis pada 7 Feb lalu.

polis tahan lelaki letak kamera tersembunyi dalam tandas di jelutong, pulau pinang

Sumber: Kosmo! / X