Dua Lelaki Campak, Dera Kucing Hingga Cedera, “Nampak Macam Dah Nazak..”

Kes penderaan haiwan dilihat semakin menjadi-jadi dan mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat masa kini.

polis buru dua lelaki pukul anjing sampai mati di pulau pinang

Penderaan ini tidak hanya menimbulkan kesakitan dan penderitaan kepada haiwan-haiwan itu sendiri, tetapi juga menunjukkan kekurangan empati dan kepekaan kita sebagai manusia.

 

Baca: Polis Buru Dua Lelaki Pukul Anjing Sampai Mati Di Pulau Pinang

 

Terbaharu, dua lelaki didakwa melakukan penderaan terhadap seekor kucing dalam satu rakaman yang tular di Twitter pada Jumaat.

dua lelaki campak, dera kucing hingga cedera, “nampak macam dah nazak..”

Menerusi video berdurasi 58 saat, kelihatan dua individu terbabit mencampakkan haiwan berkenaan dari pintu belakang kereta. Kucing itu kelihatan seperti tercedera dan tidak berganjak dari situ sebaik ia dilepaskan oleh salah seorang suspek.

 

Suspek kemudian dilihat turun dari kenderaannya untuk memeriksa haiwan berkenaan.

 

Video yang mendapat perhatian ramai di Twitter telah digesa agar si pelaku dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan yang dibuat.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

 

 

Ada warganet yang beranggapan haiwan itu mungkin sudah hampir mati dan kelihatan nazak ketika kejadian.

 

"Macam dah nazak, apa yang dia buat sampai kucing itu menggeletar badan, tak bergerak dibuatnya, tolong polis segera tangkap si pelaku," kata seorang warganet menerusi video berkenaan.

 

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta untuk hadir ke balai bagi membuat laporan lanjut.

 

Sumber: Twitter / Majoriti