Seorang lelaki terpaksa hadir ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya dengan berpakaian kostum maskot Ninja Turtle.
Ia selepas hubungannya bersama wanita itu terputus di pertengahan jalan, dan wanita itu memilih untuk melangsungkan perkahwinan bersama pilihan baharunya.
Menerusi video yang tular dari akaun Tiktok @encik_dobi, lelaki itu dikatakan mendapat unangan untuk hadir ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya.
Bagaimanapun dia muncul di majlis itu dengan memakai kostum maskot Ninja Turtle, dipercayai agar bekas kekasihnya itu tidak menyedari akan kehadirannya.
Dalam video sama, kelihatan orang ramai sedang mengambil gambar bersama maskot itu, termasuk juga si pengantin perempuan.
“7 tahun bukan waktu yang singkat. Tapi ini lah takdir Tuhan. Putus tanpa sebab dan ini penghujung kisah kita,” tulisnya dalam video. Malah, dikatakan penyamaran itu berjaya dilakukannya sehingga majlis itu selesai.
Ujar lelaki ini, antara momen paling sebak semasa berada di majlis tersebut adalah ketika bertemu ibu dan bapa pengantin perempuan.
“Paling tak kuat masa ni. Kita dah macam family sendiri selama ni, maaf datang dengan cara macam ni. Terima lah hadiah perkahwinan yang tak seberapa ini.”
Video berkenaan mendapat tontonan ramai dan rata-rata warganet mendoakan agar beliau terus diberi ketabahan serta bertemu jodoh yang sesuai suatu hari nanti.
Sumber: Tiktok @encik_dobi