Seorang suami nekad menceraikan isterinya yang dikahwini dua tahun lalu kerana tidak tahan dengan tabiat wanita itu yang malas mandi.
Kejadian dilaporkan terjadi di Uttar Pradesh, India, hingga menyebabkan mereka sering juga bertengkar setiap kali si suami menyuruh isterinya mandi.
Lelaki itu tidak tahan lagi dengan situasi yang berlarutan, lalu menceraikan isterinya dengan talak tiga meskipun mereka sudahpun mempunyai seorang anak berusia setahun setengah.
“Ketika sesi kaunseling, si suami berulang kali serta dengan tegas menyatakan bahawa dia mahu menceraikan isterinya kerana sikapnya yang malas mandi setiap hari,” kata seorang kaunselor dari Sel Perlindungan Wanita India.
Wanita tersebut pula enggan diceraikan dan mahu terus bersama dengan suaminya selepas mendapat tahu tentang keputusan lelaki berkenaan.
“Wanita itu memberikan kami aduan bertulis yang menyatakan bahawa suaminya telah menceraikannya dengan talak tiga.
“Kami memberikan kaunseling kepada pasangan itu dan ibu bapa mereka untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut,” kata kaunselor tersebut.
Kaunselor juga sudah cuba memujuk lelaki itu agar tidak menceraikan isterinya kerana isu tersebut boleh diselesaikan dengan baik.
Sumber: [1]