Video Tular Lelaki Buat Presentation Lamar Kekasih Depan Bakal Mertua

Jika dahulu pembentangan atau presentation dilakukan dihadapan kelas untuk satu tugasan yang diberi, lain pula kisahnya dengan pembentangan yang dibuat lelaki ini.

 

Lelaki yang dikenali sebagai Yasher Fadhli, telah membuat satu pembentangan dihadapan kedua-dua ibu dan bapa kekasihnya bagi tujuan melamar.

video tular lelaki buat presentation lamar kekasih depan bakal mertua

Video yang tular di Instagram baru-baru ini menunjukkan beliau menggunakan perisian PowerPoint bagi menjelaskan perancangan masa hadapannya.

video tular lelaki buat presentation lamar kekasih depan bakal mertua

Yasher dilihat bersahaja dan yakin menerangkan pelan kehidupannya bersama kekasihnya selepas mereka berumah tangga.

 

“Kita bukan lagi dalam fasa untuk bertahan. Kebiasannya, kalau bercakap tentang kewangan, kita sering menyebut mengenai cara untuk bertahan, bagaimana untuk makan dan lokasi tempat tinggal.

“Rancangan kami sekarang adalah tentang cara-cara untuk bekerja keras,” katanya.

Kelihatan juga kedua-dua ibu dan bapa kekasihnya tekun mendengar pembentangan itu dengan teliti.

video tular lelaki buat presentation lamar kekasih depan bakal mertua

Video tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata warganet mengagumi cara yang digunakan lelaki itu dalam mahu berumah tangga.

“Sangat memberi inspirasi! Ini merupakan cara paling sesuai untuk menyampaikan pandangan yang berbeza kepada ibu bapa,” kata seorang netizen.

“Hebat sekali! Berapa jumlah slide keseluruhan?” kata seorang lagi.

 

Sumber: [1]