Umur bukan penghalang! Perkara demikian sekali lagi dibuktikan oleh seorang warga Malaysia, N. Elanghovan yang berjaya menyelesaikan misi mendaki puncak Gunung Everest pada 12 Mei lalu, jam 11.32 waktu tempatan.
Tidak hanya berjaya menawan puncak gunung tertinggi dunia itu, Elangovan yang mesra disapa Elango juga bahkan bergelar individu tertua dari Malaysia yang berjaya berbuat demikian.
Bagi pesara Tenaga Nasional Berhad yang berusia 24 tahun itu, ia adalah misi yang tercapai kerana dia telah menetapkan matlamat untuk mendaki gunung tertinggi di dunia itu selepas menjejakkan kaki di Kem Pangkalan Everest pada 2014.
“Berdiri di puncak dunia sukar untuk digambarkan dengan kata-kata,” jelasnya.
“Semua kerja keras yang saya lakukan dan pengorbanan yang saya lakukan membuahkan hasil,” tambah Elango.
Dia juga dengan bangganya menunjukkan sijil bertarikh 14 Jun 2022, yang dikeluarkan Jabatan Pelancongan, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Penerbangan Awam Nepal, mengesahkan pendakiannya ke puncak gunung setinggi 8,849 meter itu.
Elango dengan sewajarnya mengemukakan permohonan agar pencapaiannya dimasukkan ke dalam Buku Rekod Malaysia (MBOR) yang mana pada 21 Jun, MBOR menerusi balasan e-mel, memaklumkan bahawa panel hakimnya telah memberi lampu hijau kepadanya untuk disenaraikan sebagai rakyat Malaysia tertua yang mendaki Gunung Everest pada usia 64 tahun.
Terdahulu, rekod tersebut dipegang oleh Allahyarham Idris Said yang mencapai kejayaan tersebut pada 2007 ketika berusia 52 tahun.
Sumber: [1]