Lelaki Ini Dikecam Mahu Bela Kucing Untuk Jadi Makanan Ular Peliharaannya

Jika anda mahu memberikan kucing peliharaan anda kepada seseorang, pastikan anda memeriksa terlebih dahulu latar belakang individu berkenaan kerana dikhuatiri kucing anda itu akan berakhir menjadi makanan reptilia.

lelaki ini dikecam mahu bela kucing untuk jadi makanan ular peliharaannya

Kini tular di Twitter kisah seorang lelaki yang mahu memelihara kucing daripada mana-mana pihak, untuk dijadikan makanan kepada ular peliharaannya.

 

Ketika ramai yang beranggapan memelihara kucing yang terbiar atau kucing yang sudah tidak diinginkan lagi adalah satu tugas yang mulia, tindakan lelaki ini nyata mengundang rasa kurang senang ramai pihak.

lelaki ini dikecam mahu bela kucing untuk jadi makanan ular peliharaannya

Menerusi beberapa hantaran di Twitter, seorang lelaki yang dikatakan berasal dari Ipoh ini mahu memelihara anak kucing atau arnab daripada mana-mana pihak untuk dijadikan ‘teman’ kepada Helga, iaitu ular sawa peliharaannya.

 

Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat beberapa hantaran oleh lelaki itu yang mengundang rasa kurang senang ramai, seperti berikut:

lelaki ini dikecam mahu bela kucing untuk jadi makanan ular peliharaannya

Selepas mendapat kecaman daripada ramai, pengguna Twitter itu telah mengunci akaun profilnya, termasuklah di Instagram dan LinkedIn.

lelaki ini dikecam mahu bela kucing untuk jadi makanan ular peliharaannya

Namun tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada pengguna itu benar-benar membela ular sawa untuk tujuan dinyatakan atau sekadar mahu mendapatkan perhatian.

 

Sumber Twitter (1)(2)(3)