Berjuang Demi Negara, Bapa Terpaksa Azan Anak Guna Telefon Bimbit

Seorang lelaki yang juga anggota polis unit khas Indonesia telah mencuri perhatian ramai baru-baru ini selepas video mengazankan bayinya baru lahir menerusi panggilan telefon menjadi tular.

berjuang demi negara, bapa terpaksa azan anak guna telefon bimbit

Anggota bernama Ipda Rano Aprilianto, 33, menjadi tular di media sosial kerana memaparkan aksi mengazankan bayinya ketika sedang bertugas di hutan bagi menjejaki pengganas demi mempertahankan negara.

 

“Assalamualaikum. Ini Pipi, sayang. Sudah lahir (anak) ya?” kata Ipda kepada isterinya.

“Sudah lahir. Perempuan,” jawab isterinya.

 

Beliau kemudian mengazankan bayinya yang baru lahir sambil menitiskan air mata tanda terharu.

 

 

Jelas kelihatan dibelakangnya anggota sepasukan sedang bertugas mengawal keadaan dalam sebuah hutan yang lokasinya dirahsiakan.

 

Video itu turut mendapat perhatian Ketua Jabatan Perhubungan Awam Polis Wilayah Kampung, Komisioner Zahwani Pandra Arsyad yang mengesahkan lelaki itu adalah anggota polis dan sedang sedang bertugas dalam Operasi Pasukan Petugas Madago Raya tahap 3 dan 4.

 

Sumber: [1]