Asyik Leka Menari, 25 Remaja Tiba-Tiba Di ‘Telan’ Lantai [Video]

Sekumpulan remaja berdepan detik ngeri dalam hidup mereka selepas secara tiba-tiba ibarat di ‘telan’ permukaan lantai ketika mereka sedang asyik menari.

asyik leka menari, 25 remaja tiba-tiba di ‘telan’ lantai [video]

Kejadian berlaku pada satu majlis graduasi di Peru apabila lantai tarian runtuh secara tiba-tiba sehingga membentuk satu lubang benam yang menyebabkan kira-kira 25 remaja terjatuh dalam lubang tersebut.

 

Menerusi video yang tular, kelihatan remaja-remaja itu sedang leka menari dalam satu bulatan sebelum lantai tarian runtuh secara tiba-tiba.

asyik leka menari, 25 remaja tiba-tiba di ‘telan’ lantai [video]

Ekoran kejadian itu, muzik dihentikan dan tetamu lain bergegas membantu semua mangsa yang terjatuh dengan menarik mereka ke atas lantai.

Meskipun tiada kematian dilaporkan, kesemua 25 remaja itu dikejarkan ke pusat kesihatan berdekatan dan tahap kecederaan mereka tidak didedahkan kepada umum.

 

Sumber: Kosmo!