Seorang ibu di China terpaksa berjalan menuju ke balai polis bagi meminta bantuan selepas lehernya terkunci dengan kunci rantai basikal.
Kejadian berlaku pada 7 Oktober lalu selepas seorang ibu terpaksa meminta bantuan di Balai Polis Huaian, dekat daerah Jiangsu, China.
Kunci berwarna kelabu-kuning itu telah dipasang anaknya berusia 4 tahun ketika beliau sedang sibuk melakukan kerja rumah. Beliau pada mulanya menyangka anaknya itu sekadar mahu bergurau senda.
Bagaimanapun selepas anaknya memasang kunci rantai tersebut, kedua-dua mereka rupanya tidak tahu kombinasi nombor bagi membuka padlock berkenaan.
“Saya sedang mencuci bilik air, tiba-tiba anak lelaki saya datang bermain kunci rantai basikal itu dengan saya.
“Dia kemudian memasangkan rantai kunci itu pada leher dan saya sangka beliau hanya bergurau.
“Saya dan anak tidak tahu kombinasi kod bagi membuka kunci tersebut, lalu saya panik,” kata wanita berkenaan.
Polis yang berada dibalai juga tidak dapat berbuat apa-apa, melainkan terpaksa memanggil bomba bagi membawa peralatan untuk memotong rantai kunci tersebut.
Rantai kunci itu akhirnya berjaya dibuka dengan bantuan alat pemotong pihak bomba.
Kisah wanita ini menjadi tular di media sosial China dengan ramai yang memberi nasihat perlu ada sempadan bergurau meskipun dengan anak-anak.
Sumber: [1]