Lebih Sejuta Dah Daftar PADU, Video Tular Konon Data Bocor Adalah Palsu

Lebih sejuta individu dilapor telah mendaftar dengan Pangkalan Data Utama (PADU) setakat pagi semalam (9 Jan), sejak ia dibuka kepada orang ramai pada Selasa lalu.

 

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, jumlah itu adalah termasuk dengan golongan yang berumur bawah 18 tahun.

lebih sejuta dah daftar padu, video tular konon data bocor adalah palsu

 "Teruskan momentum untuk beralih ke bantuan bersasar.

"Saya mohon kerjasama bantuan rakyat untuk mendaftar melalui http://padu.gov.my dan membantu ibu bapa, keluarga dan jiran yang kurang mahir digital.

"Jika ada keluarga miskin di sekeling kita, mohon bantu untuk daftarkan mereka," katanya dalam laman sosial X, pada Selasa.

lebih sejuta dah daftar padu, video tular konon data bocor adalah palsu

Dalam pada itu, Kementerian Ekonomi dalam satu hantaran menafikan satu video yang tular di Tiktok, kononnya mendakwa berlaku kebocoran data pada PADU.

 

“Telah tular satu video di TikTok yang memberikan sentimen negatif terhadap PADU. Jika dilihat paparan video tersebut, terpampang log bertarikh tahun 2022, sedangkan PADU belum wujud ketika itu. Video tersebut telah dipanjangkan kepada pihak SKMM untuk tindakan lanjut,” demikian menurut kementerian itu dalam satu kenyataan di X.

lebih sejuta dah daftar padu, video tular konon data bocor adalah palsu

 

Sistem PADU dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama serta sokongan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri.

 

Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data menerusi portal PADU serta mengemas kini dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan.

 

Sumber: Astro AWANI / X