Gandingan Padu, Lebih 2 Juta Tonton Kolaborasi Govinda dan Ernie Zakri!

Kumpulan dari Indonesia, Govinda baru-baru ini telah melakukan kolaborasi yang cukup padu bersama penyanyi hebat Malaysia, Ernie Zakri.

gandingan padu, lebih 2 juta tonton kolaborasi govinda dan ernie zakri!

Malah muzik video lagu kolaborasi itu juga telah menembusi lebih 2 juta tontonan dalam tempoh 2 bulan selepas ia dimuatnaik di Youtube.

 

Ketika diwawancara oleh selebriti.id, Govinda menceritakan bagaimana mereka dapat berkolaborasi bersama Ernie Zakri dalam lagu ini.

 

Salah seorang ahli Govinda, Irfan, menjelaskan sebelum ini Govinda tidak mengenali siapa sebenarnya Ernie Zakri, tetapi setelah mereka meneliti peribadinya, baru mereka mengetahui bahawa Ernie Zakri adalah seorang penyanyi yang cukup hebat dari Malaysia. Katanya lagi, mereka amat bersyukur kerana dapat berkolaborasi dengannya.

gandingan padu, lebih 2 juta tonton kolaborasi govinda dan ernie zakri!

Irfan turut menjelaskan maksud disebalik lagu Hal Hebat, iaitu menceritakan tentang seseorang yang bertemu dengan bakal pasangannya, dan mendapati pasanganya itu adalah insan yang cukup hebat.

 

 

“Pada pandangan peribadi saya, lagu Hal Hebat ini menceritakan tentang tiga perkara iaitu pengakuan lelaki itu sudah bertemu ramai gadis, tetapi tidak pernah bertemu pasangannya hari ini.

“Kedua, dia berasa bersyukur dan kerana mendapati perkara yang hebat ada pada gadisnya kali ini.

“Yang ketiga ialah janji, apabila dia bersama pasangan hari ini dia tidak akan mensia-siakannya, dia tidak akan curang dan berjanji untuk menjaga hati pasangannya, seperti dia sendiri,” kata Irfan.

Menjengah ke ruangan komen, warganet dari kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia saling memuji vokal dan persembahan mereka dan mahukan kolaborasi lagi untuk lagu lain di masa akan datang.

gandingan padu, lebih 2 juta tonton kolaborasi govinda dan ernie zakri!

gandingan padu, lebih 2 juta tonton kolaborasi govinda dan ernie zakri!

gandingan padu, lebih 2 juta tonton kolaborasi govinda dan ernie zakri!

Sumber: Celebrities Id